Kehidupan peribadi Chris Lee Chun Kit

Lee dilahirkan di George Town pada 15 Julai 1982 dan merupakan anak sulung George dan Betty Lee (née Chan). Beliau mempunyai seorang adik perempuan, Lee Yen Ling,[5] yang menghidap autisme sejak usia awal.

Pendidikan awal

Lee menghadiri Tadika St. Andrew dan melanjutkan pendidikannya di Sekolah Cabang St. Xavier. Di sekolah rendah beliau bertemu dengan bakal pemimpin DAP dan Ahli Parlimen Bukit Bendera semasa, Zairil Khir Johari. Beliau kemudian menghadiri Institusi St. Xavier bagi meneruskan pendidikan menengahnya. Beliau menamatkan pengajian sekolah menengah pada tahun 1999. Beliau kemudian mendapat Diploma Lanjutan dalam Komunikasi Massa di MDIS, Singapura sebelum memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Nottingham-Trent.